Thursday, 5 July 2012

Deskripsi Penuh

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW

"Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir"





DARI MEJA PENULIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Rasulullah saw adalah rahmat dan anugerah terbesar dari Allah kepada umat manusia dan khususnya kepada orang-orang beriman.Allah swt berfirman yang ertinya:

Sungguh Allah telah memberi anugerah kepada orang-orang  yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah,membersihkan (jiwa) mereka,dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan Al-Hikmah.Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.(QS.Ali-imran(3):164)

Mengapa disebut anugerah bagi seluruh umat manusia? Kerana secara keseluruhan, kehidupan Rasulullah saw merupakan suri teladan.Beliau memberi contoh nyata bagaimana seharusnya manusia hidup untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw adalah sosok manusia  yang terbukti sukses. Beliau sukses sekaligus bahagia dan bahagia sekaligus sukses.Kesuksesan hidup Rasulullah mencakup seluruh dimensi kehidupan manusia:sukses sebagai peribadi,sukses materi,sukses kehidupan sosial dan sukses kehidupan akhiratnya.Jika manusia ingin sukses dalam erti sesungguhnya,maka manusia tidak punya pilihan lain kecuali meneladani kehidupan Rasulullah saw.Meneladani sikap,karakter,dan keteguhan sikapnya dalam berdakwah.

Kehidupan Rasulullah saw adalah the great story. Kerana walaupun kehidupan beliau terjadi 14 abad lalu,tapi tidak pernah menjadi usang.Sebaliknya,justeru selalu relevan dalam kehidupan kini dan di masa depan kerana beliau memberikan contoh nyata yang substantif dan aplikatif; bukan aksesori.Rasulullah saw memberikan contoh teladan moden yang lansung menusuk pada substansi kemanusiaan yang sangat diperlukan manusia moden saat ini yang hidup di zaman serba canggih.

Kerana itulah kami berkepentingan menyajikan sejarah kehidupan Rasulullah dalam bentuk yang terus diperbaharui meskipun telah banyak para pakar yang menulis kehidupan beliau.Kami ingin tetap memberi sumbangsih dengan cara menyajikan kehidupan Rasulullah saw  dalam bentuk yang lebih menarik,mudah dicerna dan berharap pembaca seolah hadir di masa kehidupan Rasulullah saw.

Untuk melengkapi buku ini,kami banyak menampilkan banyak gambar.Walaupun sangat sukar untuk mendapatkan gambar-gambar yang authentic kerana majoritinya sudah tidak ada,namun kami tetap berusaha untuk menampilkan gambar terbaik.Tujuannya:agar pembaca seolah-olah hadir dalam setiap episod kehidupan Rasulullah saw saat membaca buku ini.

Selain itu,kami juga memuat peta untuk memberi gambaran dimana tempat-tempat peristiwa besar terjadi.Juga terdapat  jadual yang isinya merupakan ringkasan kehidupan Rasulullah saw sehingga akan sangat memudahkan dalam menelusuri jejak Rasulullah saw.

Dengan cara penyajian seperti ini,kami berharap umat islam akan tertarik lagi untuk membaca sirah nabawiyah.Jika sudah tertarik membaca,maka umat islam pun akan semakin keperibadian Rasul sebagai utusan Allah (fahmu syaksiah ar-rasul); mengetahui teladan terbaik dalam menjalani kehidupan(ma’rifatush-shurati lil mutsulila’ala) ;mengetahui peradaban umat Islam masa lalu (ma’rifatul hadharatil islamyatil madhiyah);dan menambah keimanan pada ajaran Islam (tazwidul iman wal intima’i lil Islam).

Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh pihak yang membantu penerbitan buku ini.Semoga buku ini dicatat oleh Allah swt sebagai amal kebaikan yang akan memperberat timbangan di Hari Perhitungan kelak.Amin.


Wassalamu’alaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.



DR.Ahmad Hatta,MA.



KEISTIMEWAAN BUKU:

Isi yang siatematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar)
Dilengkapi gambar-gambar EKSLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat.
Terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW
Dilengkapi peta, jadual dengan gambar berwarna penuh
Berkulit keras
600 mukasurat berwarna








PERCUMA

Dengan setiap naskhah buku Sirah Teragung Muhammad SAW, anda akan menerima CD Album Nasyid Eksklusif oleh Hafiz Hamidun secara percuma.

SENARAI LAGU:

1. Lawkana Bainana
2. Marilah Memuji
3. Dialah Rasulullah
4. Kasih Padamu
5. Hijrah Rasulullah
6. Penyeri Kehidupan (Khadijah RA)
7. Takbir Fisabilillah
8. Muhamma Mustofa
9. Pemergian Rasul

Dapatkan disini: www.sirahmuhammad.com

Majlis Pelancaran Sirah Teragung Muhammad SAW


Bersama Hafiz Hamidun pada pelancaran di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012, PWTC (4 Mei 2012). Buku Sirah Teragung Muhammad SAW juga telah muncul dalam liputan akhbar Metro - [baca]

Keratan-keratan akhbar paparan Sirah Teragung Muhammad SAW di surat khabar Harian Metro, Utusan dan Ustaz Azhar Idrus (UAI)




Sebarang persoalan atau maklumbalas sila hubungi:

Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd
No 121, Jalan Tenaga 18, Taman Tenaga
43000, Kajang, Selangor
Tel: 03-87372404
Fax: 03-87373404
Email: humairabookstore [@] gmail.com


No comments:

Post a Comment